Wednesday, December 3, 2008

Pak Ali Bukannya Tamak

Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari tasik kepada Pak Ali.
Pari-pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikanketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak, Pak Ali dan isterinya berjalan di sekitar tasik yang sama. Kali ni isterinya pula yang terjatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu
telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku..bila aku kata'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

KALARIS says: hahahha...budu punya cerita...

1 comment:

kionsomboy said...

sia pernah dengar same story masa ikut sunset mass di stella maris, tanjung aru...hahaha..kelakar lah gila...